Ujian Psikometrik merupakan salah satu tapisan yang dilakukan sama ada oleh pihak SPA atau mana-mana badan kerajaan untuk mengurangkan jumlah calon yang akan dipanggil temuduga.

Ianya berbeza dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) daripada segi format peperiksaan yang mana PSEE biasanya melibatkan tiga seksyen iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris.

Ujian psikometrik SPA anda hanya perlu menjawab soalan-soalan melibatkan personaliti, sahsiah, minat dan kecenderungan dengan pilihan jawapan seperti ya, tidak, tidak pasti dan sebagainya.

Ujian Psikometrik SPA. Apa Yang Gagalkan Calon?

Apakah Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik SPA?

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Adakah Ujian Psikometrik Mempunyai Status Lulus Dan Gagal?

  • Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
  • Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Ujian Psikometrik SPA. Apa Yang Gagalkan Calon?

Mereka gagal bukan sebab tak bijak. Tapi antara yang menyumbang kepada kegagalan ini adalah;

AMBIL MUDAH, BUAT SAMBIL LEWA

Tak ada kesungguhan. Tak buat persediaan yang betul. Tak nak luang masa khusus untuk studi.

Adakah Terdapat Rujukan Ujian Psikometrik SPA?

Tim Infokerjaya dah bantu calon sejak tahun 2008/09. Mereka tahu dan memiliki pengalaman bagaimana untuk bantu calon LULUS ujian psikometrik SPA.

TERKINI!

Pengawal Keselamatan Gred KP11
(Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia)(Semenanjung)
(Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan : 9 Ogos 2022]

Ribuan calon dah lulus dan kini masa untuk anda pula! Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk anda.

Mesti Baca:

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Susah Dapat Kerja Kerajaan. Di Mana Silapnya?

Apa yang anda dapat dalam Rujukan Psikometrik ini?

  • Tip jawab soalan psikometrik
  • Contoh soalan psikometrik
  • Cara jawab soalan psikometrik supaya tidak tersasar
  • Kenali perangkap-perangkap psikometrik
  • Kenal pasti apa yang akan mengGAGALkan ujian psikometrik anda

Rujukan Psikometrik ini dalam bentuk ebook (format PDF) yang dihantar ke email dengan pantas selepas tempahan dibuat. TIADA buku dipos ke rumah.

Bagaimana cara menempah ebook Rujukan Psikometrik ini?

Masuk ke dalam website rasmi, baca dan buat penilaian pakej yang anda mahu mengikut kemampuan dan kehendak.

Dengan memiliki rujukan, anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan ujian psikometrik SPA nanti.

Kalau tidak berusaha, tidak study, bagaimana nak peluang cerah LULUS ujian betuk tak?

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

29 thoughts on “Ujian Psikometrik SPA. Apa Yang Gagalkan Calon?”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!