Bagi calon yang dipanggil menghadiri temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 atau lebih mudah jika dipanggil PPK sudah tentu tertanya-tanya apakah skop tugas Pembantu Perawatan Kesihatan?

Dahulu jawatan ini dikenali sebagai Atendan Kesihatan tetapi dengan penambahbaikan skim yang dibuat pihak JPA, ianya dijenamakan semula dengan nama baru.

Jawatan PPK agak besar jumlahnya dalam perkhidmatan awam kerana ianya berkhidmat di pelbagai lokasi seperti hospital, klinik kesihatan dan pejabat kesihatan.

ANDA CALON UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11?

TEMPAH RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK SEKARANG

Bayangkan jumlah hospital, klinik kesihatan dan pejabat kesihatan dalam Malaysia? jadi jawatan ini memang sentiasa memerlukan pengisian baru, maka tidak hairanlah jumlah yang dipanggil menghadiri peperiksaan SPA untuk menapis calon temuduga sangat ramai.

Bagi yang LULUS peperiksaan PPK, anda kini akan berhadapan dengan halangan yang lebih besar iaitu TEMUDUGA sama ada secara bersemuka atau online. Bersediakah anda untuk temuduga PPK U11?

Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK U11)

1. Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas


i) Tugas Am

(a) Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor.
(b) Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit.
(c) Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya.
(d) Membersihkan mangkuk dan talam selepas pesakit makan.
(e) Memberi dan membersihkan bekas-bekas najis yang digunakan oleh pesakit.
(f) Menghantar bekas-bekas ubat dan memungut ubat-ubatan dari farmasi.
(g) Mengutip contoh spesimen dan menghantar ke Makmal Kaji Penyakit (Makmal Patologi).
(h) Mengiringi pesakit untuk rawatan/rujukan/siasatan seperti ke jabatan/unit kepakaran/pengimejan, fisioterapi dan lain-lain.
(i) Menghantar mayat ke bilik/rumah mayat.
(j) Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh digunakan.
(k) Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan.
(l) Menjalankan tugas-tugas despatch.
(m) Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat.
(n) Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan sebagainya.
(o) Memastikan keselamatan dan kebersihan wad/unit/jabatan tempat bertugas.
(p) Melaksanakan tugas-tugas dalam pengendalian kematian (last office).
(q) Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani pesakit).

ii) Tugas Khusus


(a) Memberi orientasi kepada pesakit yang baru dimasukkan ke wad.
(b) Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi pesakit.
(c) Memberikan rawatan pemakanan melalui tiub di bawah pengawasan pembantu perubatan/jururawat.
(d) Melakukan sponging ke atas pesakit apabila diarah oleh Pembantu Perubatan/Jururawat.
(e) Membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut.
(f) Mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah.
(g) Membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit.
(h) Mengangkat dan mengubah kedudukan pesakit.
(i) Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti:
Memasang alat-alat pernafasan (ventilators).
 Memasang alat suction.
 Menukar tangki gas oksigen yang kosong.
(j) Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti:
 Menyediakan keperluan dan peralatan intravena.
 Mengepam ambu bag.
 Memberi oksigen – nasal dan mask.
 Melakukan suction.
 Melakukan Kardiopulmonari Resussitasi Asas.
(k) Membuat dressing yang mudah.
(l) Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel dengan betul dan menghantar ke makmal.
(m) Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian – concurrent and terminal infection di mana perlu.
(n) Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol.
(o) Membantu dalam program pendidikan kesihatan pesakit.

Selain tugas Pembantu Perawatan Kesihatan, ada juga beberapa perkara berkaitan yang boleh anda ambil tahu sebagai persediaan temuduga boleh baca DI SINI

Temuduga PPK TIDAK LENGKAP TANPA Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan

Bagi menghadapi temuduga PPK U11 dengan lebih mantap, Tim Infokerjaya mengeluarkan rujukan khusus untuk membantu calon membuat persiapan serba lengkap.

Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK U11)

Khusus untuk;

  • Calon Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Sarawak)
  • Calon Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Sabah)
  • Calon Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Semenanjung)
Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (Contoh Soalan)
Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK U11)

Semoga perkongsian skop tugas Pembantu Perawatan Kesihatan di atas dapat membantu anda membuat persiapan mantap sebelum temuduga PPK nanti.

Artikel Berkaitan: Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!