Soalan yang sangat sensitif dan boleh menaikkan kemarahan sesetengah orang. Mengapa susah dapat kerja kerajaan? Di mana silapnya?

Persepsi dan mentaliti sukar dikikis.

“Abah nak kau kerja kerajaan macam abah ada pencen senang anak bini kau nanti”

“Menantu aku kerja kerajaan. Menantu kau?”

Tekanan daripada keluarga, persepsi masyarakat, jaminan masa depan, suasana ekonomi dan banyak lagi sebab-sebab yang menyebabkan kerja kerajaan menjadi pilihan.

Mengapa Susah Dapat Kerja Kerajaan?

Ada banyak faktor-faktor yang menjadi penghalang atau menyekat peluang untuk masuk kerja kerajaan. Di antaranya:

  • Kelayakan SPM mohon jawatan taraf diploma confirm tak akan dipanggil temuduga
  • Kelayakan tak setaraf dengan jawatan yang dimohon. Contohnya pemegang diploma kejuruteraan awam tapi mohon jawatan juru ukur bahan memang confirm tak kena
  • Dah dipanggil peperiksaan online SPA tapi gagal peperiksaan
  • Gagal temuduga kerja
  • Guna kabel baru dapat kerja kerajan. Ini tak dapat nak sahkan tapi melalui cakap-cakap belakang ada terjadi.
  • Dah dapat kerja kerajaan tolak pula alasan jauh lepas tu mohon lagi. Kes macam ni memang SPA “blacklist” beberapa tahun.
  • Macam-macam lagilah alasan…..

Pergi Temuduga Kerja Kerajaan Banyak Kali GAGAL….

Susah Dapat Kerja Kerajaan?
Kredit Imej Dipetik Daripada Bharian

Ramai yang berkata “TIADA KABEL” susah hendak LULUS temuduga kerja. Benarkah begitu? Boleh jadi YA boleh jadi TIDAK. Itu cuma persepsi sahaja, bagaimanakah jika dikatakan kita gagal temuduga kerajan KELEMAHAN SENDIRI. Jom Semak…

  • Datang lewat temuduga kerja
  • Pakaian untuk temuduga kerja tidak sesuai seperti pakai sandal, baju tidak bergosok dan sebagainya.
  • Merokok sebelum temuduga. Ini mesti dielakkan. Selepas temuduga nak merokok sampai pengsan terpulanglah
  • Tak buat persiapan sebelum temuduga. Hadir temuduga tapi pengetahuan tentang jawatan yang ditemuduga tak tahu, pengetahuan am kurang dan sebagainya
  • Tak tahu berkomunikasi. Ini yang paling penting kerana semasa temuduga anda tak boleh cakap bahasa pasar, dialek daerah dan sebagainya.
  • Lemah bahasa inggeris
  • Macam-macam lagi kelemahan….

Nampak di mana kelemahan anda? Jadi, mengapa kita susah dapat kerja kerajaan bukanlah semuanya berpunca daripada faktor luaran tetapi lebih kepada faktor dalaman.

Anda Mencari Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29?

Buntu masih GAGAL temuduga kerja kerajaan walaupun sudah puas mencuba? Tip temuduga berikut mungkin membantu;

  • Lengkapkan diri dengan ilmu temuduga
  • Ambil tahu seberapa banyak ilmu tentang jawatan yang ditemuduga
  • Banyak buat latihan seperti bercakap di hadapan cermin untuk latihan komunikasi
  • Bertanya dan korek tips daripada mereka yang berjaya temuduga kerja kerajaan
  • Cuba kuasai sekurang-kurangnya asas komunikasi bahasa inggeris. Ini penting bagi jawatan kelayakan diploma dan ijazah

Mahu Rujukan Temuduga Kerajaan Yang Lebih Lengkap Dan Terbukti?

Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini ini mungkin membantu persiapan sebelum temuduga kerajaan.

Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri.

Info lanjut klik sahaja gambar di bawah.

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

12 thoughts on “Susah Dapat Kerja Kerajaan. Di Mana Silapnya?”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!