Sebelum menghadiri temuduga kerja, pelbagai persiapan dibuat tetapi bergantung kepada individu, ada yang bersungguh dan ada yang sambil lewa. Siapa pun tak nak GAGAL temuduga kerja tetapi apabila gagal kena lihat semula di mana silapnya, apa yang kurang dan kaji semula tip temuduga kerja yang boleh membantu untuk persiapan temuduga yang lain pula.
Tidak kira temuduga kerajaan atau swasta, jom kita lihat 10 tip temuduga yang perlu diberi perhatian. JANGAN gagal lagi, pengalaman lepas boleh dijadikan panduan untuk lebih bersedia.
10 Tip Temuduga Kerja
1. Buat kajian sebelum hadir temuduga. Kaji bakal majikan dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana iamya bakal memberikan kefahaman kepada anda.
Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.
2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Pastikan baju digosok supaya nampak kemas dan menarik.
Mesti Baca:
Susah Dapat Kerja Kerajaan. Di Mana Silapnya?
Anda Mencari Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29?
Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.
4. Tepati masa. Jangan datang lewat untuk temuduga kerja kerajaan atau swasta. Cuba untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.
5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan panel temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin dan jelas walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.
6. Dengar. Ini merupakan salah satu tips temuduga kerja yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.
7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti atau kurang jelas apa yang dimahukan penemuduga.
8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh terbaik yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.
9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.
Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan kerana daripada situ majikan melihat anda seorang yang bersemangat tinggi untuk mendapat pekerjaan.
10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda bagi menunjukkan betapa anda serius dan berminat menjadi sebahagian daripada mereka.
Tidak kira temuduga kerja kerajaan atau swasta, paling penting adalah persiapan sebelum temuduga. JANGAN bazirkan masa, tenaga dan wang ringgit jika hadir temuduga TANPA persiapan. Buat sehabis baik untuk capai kerjaya idaman.
Mahu Rujukan Temuduga Kerajaan Yang Lebih Lengkap Dan Terbukti?
Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini ini mungkin membantu persiapan sebelum temuduga kerajaan.
Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri dengan tip temuduga kerja sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Info lanjut klik sahaja gambar di bawah.
[…] Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik! […]
[…] Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik! […]
[…] Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik […]
[…] Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik […]
[…] Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan […]