Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11

Anda calon Temuduga Penyelia Asrama N19? Sudah tentu anda sudah mula buat persiapan dan mencari contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 sebagai panduan.

Temuduga bukan sekadar menguji pengetahuan am jawatan tetapi ianya juga menilai kebolehan calon daripada aspek pengetahuan am, ketrampilan diri, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

Apa Sebab GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan?

Ramai yang berkata “TIADA KABEL” susah hendak LULUS temuduga kerja. Benarkah begitu? Boleh jadi YA boleh jadi TIDAK. Itu cuma persepsi sahaja, bagaimanakah jika dikatakan kita gagal temuduga kerajan KELEMAHAN SENDIRI. Jom Semak…

  • Datang lewat temuduga kerja
  • Pakaian untuk temuduga kerja tidak sesuai seperti pakai sandal, baju tidak bergosok dan sebagainya.
  • Merokok sebelum temuduga. Ini mesti dielakkan. Selepas temuduga nak merokok sampai pengsan terpulanglah
  • Tak buat persiapan sebelum temuduga. Hadir temuduga tapi pengetahuan tentang jawatan yang ditemuduga tak tahu, pengetahuan am kurang dan sebagainya
  • Tak tahu berkomunikasi. Ini yang paling penting kerana semasa temuduga anda tak boleh cakap bahasa pasar, dialek daerah dan sebagainya.
  • Lemah bahasa inggeris
  • Macam-macam lagi kelemahan….

Jangan sia-siakan peluang yang dapat untuk temuduga Penyelia Asrama N19, bukan senang nak lulus peperiksaan online, bila dah lulus exam anda buat sambil lewa pula semasa temuduga. Sangat merugikan masa!

Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga Penyelia Asrama N19

  • Cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan skop dan senarai tugas serta contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19
  • Cari seberapa banyak informasi berkaitan isu semasa dan dasar kerajaan
  • Berlatih dengan menonton video sesi temuduga dan berlakon seperti anda sedang ditemuduga
  • Korek rahsia daripada mereka yang pernah menghadapi temuduga Penyelia Asrama N19

Artikel Berkaitan;

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41

Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik

Ringkasan Tugas – Tugas Penyelia Asrama N19

Berikut adalah senarai tugas-tugas Penyelia Asrama N19 yang dipetik daripada laman web SPA, JPA dan SPP untuk makluman anda.

Bertanggungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan asrama. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.

(a) Pentadbiran

  • Menjalankan tugas pendaftaran masuk/keluar penghuni asrama
  • Mengemaskini senarai nama dan kedudukan bilik penghuni asrama setiap masa.
  • Memantau disiplin penghuni asrama dan menyediakan laporan kepada Penyelia Asrama N22 / N26.
  • Bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah jagaan.

(b) Perkhidmatan

  • Memastikan bilik asrama disediakan dalam keadaan bersih, selesa dan selamat.
  • Memberi dan menerima kunci daripada penghuni dan menyimpan di tempat yang disediakan.
  • Memastikan penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama.
  • Mengawal keluar / masuk pelawat mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

(c) Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset

  • Memeriksa peralatan dan keperluan kelengkapan asrama dan lapor kepada N22/ N26.
  • Mengenalpasti peralatan yang tidak boleh diperbaiki dan melapor kepada N22/N26.
  • Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa.

(d) Keselamatan dan kebajikan

  • Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik sakit.
  • Memastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepada pegawai atasan jika terdapat kes-kes yang merbahaya.
  • Melakukan rondaan (spot check) bagi memastikan penghuni, aset, bangunan dan persekitaran berada dalam keadaan selamat

(e) Kawalan Kualiti

  • Melakukan setiap proses kerja mengikut arahan pekeliling atau piawaian.
  • Menerima aduan berkenaan dengan kemudahan asrama, keselamatan dan kebajikan.

Contoh Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19

Berikut adalah senarai contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 daripada pengalaman calon terdahulu. Contoh soalan ini merujuk kepada calon temuduga Penyelia Asrama N19 yang dipanggil di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia;

  • Sila perkenalkan diri anda (tidak mustahil ditanya dalam Bahasa Inggeris)
  • Mengapa anda memilih masuk kerja kerajaan dengan jawatan Penyelia Asrama N19 ini jika gaji dalam bidang swasta jauh lebih mahal?
  • Mengapa anda layak menjadi Penyelia Asrama N19?
  • Apakah tugas Penyelia Asrama N19?
  • Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Banyak isu buli berlaku dalam asrama sehingga ada yang mati. Apakah yang anda akan lakukan sebagai Penyelia Asrama N19 jika menerima aduan buli?
  • Berikan dua contoh jenis lesen kenderaan yang terdapat di Malaysia?
  • Anda tahu kakitangan kerajaan boleh ditempatkan di mana-mana sahaja? Jadi anda sanggup terima jawatan ini jika ditempatkan di kawasan pedalaman?
  • Siapa Nama Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Isu semasa di Malaysia
  • Dasar-dasar kerajaan

Begitulah serba sedikit contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 yang dipetik daripada pengalaman calon terdahulu. Jika anda mahu lebih banyak lagi kena rajin mencari maklumat di internet atau bertanya terus dengan mereka yang pernah melalui temuduga jawatan ini.

Temuduga Penyelia Asrama N19 TIDAK LENGKAP Tanpa Rahsia Persiapan Temuduga Kerajaan…

Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19

Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini akan membantu anda membuat persiapan sebelum temuduga kerajaan.

Ianya terbukti berkesan dan membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri.

Ianya lengkap dengan tip, panduan dan apakah yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Selamat berjaya semua calon. Semoga perkongsian Contoh Soalan temuduga Penyelia Asrama N19 ini membantu anda membuat persiapan rapi dan lebih yakin berhadapan dengan panel nanti.

Sumber

Sumber

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!