Anda calon Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19? Sudah tentu anda sudah mula buat persiapan dan mencari contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 sebagai panduan.

Temuduga bukan sekadar menguji pengetahuan am jawatan tetapi ianya juga menilai kebolehan calon daripada aspek pengetahuan am, ketrampilan diri, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

Apa Sebab GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan?

Ramai yang berkata “TIADA KABEL” susah hendak LULUS temuduga kerja. Benarkah begitu? Boleh jadi YA boleh jadi TIDAK. Itu cuma persepsi sahaja, bagaimanakah jika dikatakan kita gagal temuduga kerajan KELEMAHAN SENDIRI. Jom Semak…

  • Datang lewat temuduga kerja
  • Pakaian untuk temuduga kerja tidak sesuai seperti pakai sandal, baju tidak bergosok dan sebagainya.
  • Merokok sebelum temuduga. Ini mesti dielakkan. Selepas temuduga nak merokok sampai pengsan terpulanglah
  • Tak buat persiapan sebelum temuduga. Hadir temuduga tapi pengetahuan tentang jawatan yang ditemuduga tak tahu, pengetahuan am kurang dan sebagainya
  • Tak tahu berkomunikasi. Ini yang paling penting kerana semasa temuduga anda tak boleh cakap bahasa pasar, dialek daerah dan sebagainya.
  • Lemah bahasa inggeris
  • Macam-macam lagi kelemahan….

Jangan sia-siakan peluang yang dapat untuk temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19, bukan senang nak lulus peperiksaan online, bila dah lulus exam anda buat sambil lewa pula semasa temuduga. Sangat merugikan masa!

Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19

  • Cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan skop dan senarai tugas serta contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19
  • Cari seberapa banyak informasi berkaitan isu semasa dan dasar kerajaan
  • Berlatih dengan menonton video sesi temuduga dan berlakon seperti anda sedang ditemuduga
  • Korek rahsia daripada mereka yang pernah menghadapi temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19

Artikel Berkaitan;

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19
Kredit Imej: hmetro.com.my

Berikut adalah senarai contoh soalan interview Pembantu Penguasa Kastam WK19 daripada pengalaman calon terdahulu;

  • Sila perkenalkan diri anda (tidak mustahil ditanya dalam Bahasa Inggeris)
  • Mengapa anda memilih masuk kerja kerajaan dengan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini jika gaji dalam bidang swasta jauh lebih mahal?
  • Mengapa anda layak menjadi Pembantu Penguasa Kastam WK19?
  • Apakah tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19?
  • Visi dan Misi Jabatan Kastam
  • Berikan contoh barang-barang yang dikawal dalam bidang kuasa Kastam?
  • Berikan dua contoh Pulau Bebas Cukai yang anda tahu?
  • Apakah nama duti dan cukai -cukai yang dikenakan oleh Kastam?
  • Anda tahu kakitangan Kastam berisiko tinggi dalam melaksanakan tugas jadi mengapa anda memohon jawatan ini?
  • Siapa Nama Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia?
  • Isu semasa di Malaysia
  • Dasar-dasar kerajaan

Begitulah serba sedikit contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang dipetik daripada pengalaman calon terdahulu. Jika anda mahu lebih banyak lagi kena rajin mencari maklumat di internet atau bertanya terus dengan mereka yang pernah melalui temuduga jawatan ini.

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 TIDAK LENGKAP Tanpa Rahsia Persiapan Temuduga Kerajaan…

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19

Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini akan membantu anda membuat persiapan sebelum temuduga kerajaan.

Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri.

Ianya lengkap dengan tip, panduan dan apakah yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Selamat berjaya semua calon. Semoga perkongsian Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini membantu anda membuat persiapan rapi dan lebih yakin berhadapan dengan panel nanti.

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

2 thoughts on “Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!