Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11

Anda calon temuduga Pembantu Operasi Gred N11? sudah tentu anda tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11 atau nak tahu bagaimana pengalaman calon yang pernah temuduga jawatan ini.

Sebelum kita melihat contoh-contoh soalan temuduga, paling penting kenali dan faham dahulu skop kerja atau tugas seorang Pembantu Operasi Gred N11.

Mengikut laman web SPA, tugas hakiki Pembantu Operasi N11 adalah;

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)]

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11

Sebelum menghadiri temuduga kerja, pastikan anda telah buat persiapan terbaik daripada aspek pemilihan pakaian, kekemasan diri dan buat latihan komunikasi untuk lebih berkeyakinan semasa berhadapan dengan panel temuduga nanti.

Berbalik kepada tajuk, sudah tentu anda tidak sabar lagi nak tahu contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Operasi N11.

Seperti biasa dalam apa jua sesi temuduga kerja akan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri, jadi perkenalkan siapa anda dengan ringkas tetapi padat seperti nama, tempat tinggal, umur, status, latar belakang keluarga, latar belakang pengajian dan pengalaman kerja. Kalau ada pengalaman kerja yang berkait dengan jawatan temuduga ianya adalah satu bonus.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11
Kredit Imej: bharian.com.my

Merujuk kepada laman web SPA, panggilan terkini temuduga jawatan Pembantu Operasi Gred N11 adalah seperti berikut;

Pembantu Operasi Gred N11
(Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pertahanan Malaysia serta di Pelbagai Kementerian/Jabatan)
[ Tarikh Temu Duga: 21 Mac 2021 – 02 April 2021 ]

Jadi, perkara pertama anda perlu kaji adalah DI MANA Jabatan anda akan ditempatkan jika berjaya temuduga nanti. Seperti di atas, dua jabatan utama yang terlibat adalah:

  • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
  • Kementerian Pertahanan Malaysia.

Maka, buatlah kajian sedikit apakah perkara-perkara penting atau fungsi utama kementerian/jabatan tersebut.

  • Siapakah Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertahanan Malaysia?
  • Namakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertahanan Malaysia?
  • Ada berapa jabatan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertahanan Malaysia?
  • Apakah misi, visi dan objektif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertahanan Malaysia?

Anda Mungkin Berminat;

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Arkib S19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Makmal C19

Ujian Psikometrik SPA. Apa Yang Gagalkan Calon?

Soalan berkaitan tugas Pembantu Operasi Gred N11 seperti;

  • Pernah jadi Penghantar Surat? apakah tugas-tugas seorang Penghantar Surat?
  • Mengapa notis saman perlu dihantar kepada penerima melalui serahan tangan? mengapa tidak pos sahaja?
  • Berapa had laju kenderaan di lebuh raya?
  • Di antara tugas Pembantu Operasi Gred N11 adalah memastikan kebersihan, kekemasan dan susun atur pejabat. Apakah yang anda tahu tentang 5S?

Anda juga boleh mencipta sendiri soalan-soalan yang akan ditanya merujuk kepada skop jawatan. Untuk panduan asas tugas-tugas seorang Pembantu Operasi Gred N11 boleh baca DI SINI

Soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan di luar bidang jawatan temuduga seperti;

  • Siapakah perdana menteri Malaysia ketiga dan apakah sumbangan utama beliau?
  • Apakah itu “Integriti”?
  • Kenapa anda ingin berkerja dengan kerajaan?
  • Tidak kisah jika ditempatkan di negeri yang jauh daripada rumah?
  • Apakah kriteria yang pegawai SPA lihat semasa sesi temuduga?
  • Bila perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan?
  • Bolehkah Covid-19 berjangkit melalui makanan?
  • Apakah matlamat utama perlaksanaan Proklamasi Darurat?
  • Sudah berdaftar vaksin COVID-19? Jika menolak, apakah alasan anda?

Bagaimana Untuk Lebih Bersedia Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga Kerajaan?

Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini ini mungkin membantu persiapan sebelum temuduga kerajaan.

Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri dengan tip temuduga kerja sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Info lanjut klik sahaja gambar di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Operasi N11

Semoga perkongsian contoh soalan Temuduga Pembantu Operasi N11 ini dapat membantu anda membuat persiapan. Pastikan anda membuat persiapan rapi, JANGAN hadir temuduga sekadar mencuba nasib. Ini adalah perjuangan untuk masa depan. Selamat berjaya temuduga Temuduga Pembantu Operasi N11.

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!