Anda calon temuduga Pembantu Makmal C19? Sudah tentu anda tercari-cari apakah contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 yang biasa ditanya atau mengikut pengalaman calon lepas.
Mengikut kemaskini di laman web SPA, tarikh temuduga jawatan Pembantu Makmal C19 Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diumumkan.
Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kenali dahulu skop tugas Pembantu Makmal C19 yang dipetik daripada laman web SPA;
Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.
Jika anda dipanggil temuduga Pembantu Makmal C19 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ianya seperti ada kaitan sedikit dengan Pembantu Veterinar G19. Jadi, anda ambil tahu sedikit bidang tugas Pembantu Veterinar G19 Rujuk Sini
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Makmal C19

Sebelum menghadiri temuduga kerja, pastikan anda telah buat persiapan terbaik daripada aspek pemilihan pakaian, kekemasan diri dan buat latihan komunikasi untuk lebih berkeyakinan semasa berhadapan dengan panel temuduga nanti. Pendek kata, tonjolkan personaliti yang menarik dan dapat memikat panel temuduga nanti.
Seperti biasa dalam apa jua sesi temuduga kerja akan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri, jadi perkenalkan siapa anda dengan ringkas tetapi padat seperti nama, tempat tinggal, umur, status, latar belakang keluarga, latar belakang pengajian dan pengalaman kerja. Kalau ada pengalaman kerja yang berkait dengan jawatan temuduga ianya adalah satu bonus.
Jangan terkejut jika anda disuruh memperkenalkan diri dalam BAHASA INGGERIS! jika boleh cuba hafal perkenalan diri dalam Bahasa Inggeris sebelum menghadiri temuduga.
Tanpa membuang masa lagi jom tengok contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 yang mungkin ditanya nanti:
1. Soalan Berkaitan Jawatan, Makmal Dan Sains
- Senaraikan 4 peraturan keselamatan makmal
- Senaraikan 5 radas di dalam makmal beserta kegunaannya
- Senaraikan 4 tugas pembantu makmal
- Apakah itu fotosintesis?
- Apakah itu klorofil?
- Apakah bentuk-bentuk cecair?
- Apakah itu bahan penebat dan berikan contoh bahan penebat
- Apakah maksud pemanasan global?
Jika anda calon temuduga Pembantu Makmal C19 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JANGAN abaikan soalan-soalan berikut;
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di bawah kementerian apa?
- Namakan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- Apa fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia?
- Apakah misi, visi dan objektif jabatan?
- Bertugas di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, apakah jenis haiwan yang anda fobia?
- Baca Ujian Persampelan, Makmal dan Kaedah Laporan Makmal di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Klik Sini
2. Pengetahuan Am
- Jumlah rukun negara dan senaraikan
- Apakah maksud “kesopanan dan kesusilaan?”
- Namakan menteri besar Kelantan yang terkini
- Bilangan perdana menteri malaysia dan senaraikan
- Siapakah perdana menteri Malaysia ketiga dan apakah sumbangan utama beliau?
- Apakah itu “Integriti”?
- Kenapa anda ingin berkerja dengan kerajaan?
- Apakah 10 kriteria yang pegawai SPA lihat semasa sesi temuduga?
- Bila perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan?
- Bolehkah Covid-19 berjangkit melalui makanan?
- Apakah matlamat utama perlaksanaan Proklamasi Darurat?
- Isu semasa terkini dan huraikan apa yang anda faham
Ini adalah contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ianya boleh digunakan juga untuk pelbagai jabatan lain, anda hanya perlu ubahsuai mengikut jabatan berkaitan.
Anda juga boleh mencipta sendiri soalan-soalan temuduga Pembantu Makmal C19 yang mungkin akan ditanya nanti.
Mesti Baca:
Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik!
Bagi mendapatkan lebih banyak lagi info terus masuk ke laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Bagaimana Untuk Lebih Bersedia Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga Kerajaan?
Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini ini mungkin membantu persiapan sebelum temuduga kerajaan.
Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri dengan tip temuduga kerja sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Info lanjut klik sahaja gambar di bawah.
Semoga anda mendapat sedikit gambaran contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 dan dapat membuat persiapan terbaik, untuk mengetahui rahsia LULUS temuduga dicadangkan anda untuk mendapatkan ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerajaan.
[…] Contoh Soalan Temuduga Pembantu Makmal C19 […]