Anda calon temuduga Pembantu Arkib S19? sudah tentu anda tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Arkib S19 atau nak tahu bagaimana pengalaman calon yang pernah temuduga jawatan ini.
Sebelum kita melihat contoh-contoh soalan temuduga, paling penting kenali dan faham dahulu skop kerja atau tugas seorang Pembantu Arkib S19.
Mengikut laman web SPA, tugas hakiki Pembantu Arkib S19 adalah;
Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Arkib S19

Sebelum menghadiri temuduga kerja, pastikan anda telah buat persiapan terbaik daripada aspek pemilihan pakaian, kekemasan diri dan buat latihan komunikasi untuk lebih berkeyakinan semasa berhadapan dengan panel temuduga nanti.
Berbalik kepada tajuk, sudah tentu anda tidak sabar lagi nak tahu contoh soalan temuduga Pembantu Arkib S19. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita petik pengalaman daripada salah seorang calon temuduga di bawah Jabatan Arkib Negara iaitu Azizam Azizan.
Seperti biasa dalam mana-mana sesi temuduga akan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri, jadi anda terangkan dengan ringkas tetapi padat berkenaan diri, kalau ada pengalaman kerja yang berkait dengan jawatan temuduga ianya adalah satu bonus.
Jangan terkejut jika anda disuruh memperkenalkan diri dalam BAHASA INGGERIS! jika boleh cuba hafal perkenalan diri dalam Bahasa Inggeris sebelum menghadiri temuduga.
Tanpa membuang masa lagi jom tengok contoh soalan temuduga Pembantu Arkib S19 yang mungkin ditanya nanti:
- Apakah maksud Arkib?
- Apakah maksud Arkib Persendirian?
- Jabatan Arkib di bawah kementerian mana?
- Apakah fungsi Jabatan Arkib Negara?
- Apakah moto dan objektif Jabatan Arkib?
- Siapakah ketua pengarah Jabatan Arkib?
- Apakah anugerah yang pernah diraih oleh Jabatan Arkib?
- Terangkan secara ringkas tugas Pembantu Arkib S19
Mesti Baca:
Soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan di luar bidang jawatan temuduga seperti;
- Siapakah perdana menteri Malaysia ketiga dan apakah sumbangan utama beliau?
- Apakah itu “Integriti”?
- Kenapa anda ingin berkerja dengan kerajaan?
- Apakah 11 kriteria yang pegawai SPA lihat semasa sesi temuduga?
- Bila perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan?
- Bolehkah Covid-19 berjangkit melalui makanan?
- Apakah matlamat utama perlaksanaan Proklamasi Darurat?
Bagi mendapatkan lebih banyak lagi info terus masuk ke laman web Jabatan Arkib Malaysia , Dasar Pentadbiran Arkib dan anda juga boleh mencipta sendiri soalan-soalan temuduga Pembantu Arkib S19 yang mungkin akan ditanya.
Bagaimana Untuk Lebih Bersedia Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga Kerajaan?
Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini ini mungkin membantu persiapan sebelum temuduga kerajaan.
Ianya terbukti berkesan dam membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri dengan tip temuduga kerja sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Info lanjut klik sahaja gambar di bawah.
Semoga anda mendapat sedikit gambaran contoh soalan temuduga Pembantu Arkib S19 dan dapat membuat persiapan terbaik, untuk mendapat input maksimum rahsia LULUS temuduga dicadangkan anda untuk mendapatkan ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerajaan.
[…] Contoh Soalan Temuduga Pembantu Arkib S19 […]
[…] Contoh Soalan Temuduga Pembantu Arkib S19 […]