Kerjaya dalam bidang Bomba memang menarik dan sering dianggap “hero” tetapi ianya bukan tugas yang mudah kerana anggota Bomba menggadaikan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa lain tidak kira manusia atau haiwan. Adakah anda salah seorang yang dipanggil menghadiri temuduga Bomba? Apa contoh soalan temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41?
Sebaik sahaja LULUS peperiksaan online, temuduga adalah peringkat yang paling mencabar. Jika anda serius dan berminat menjadi anggota Bomba, pastikan anda lengkapkan ilmu temuduga supaya lebih yakin seterusnya BERJAYA dalam temuduga.

Tugas Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41
Sebelum itu, anda tahu apakah maksud di sebalik perkataan BOMBA? ianya adalah singkatan kepada Badan Operasi Menyelamat Dan Bencana Alam.
Dalam pasukan Bomba terdapat beberapa unit seperti;
- Unit Penyiasatan Kebakaran
- Unit Udara
- Unit Pengesan K-9
- Unit Komunikasi
- Unit Hazmat
- Unit Mencari dan Menyelamat
- Unit Motosikal Gerak Cepat
- Unit MUST
- Unit Menyelamat Di Dalam Air
Anda boleh rujuk Laman Web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melihat dengan lebih tepat senarai unit-unit dalam JBPM.
Tugas Pegawai Bomba sering dikaitkan dengan memadam kebakaran tetapi tugas mereka sangat luas meliputi aspek menyelamat mangsa kemalangan jalan raya, lemas, memindahkan haiwan berbisa, menyelamatkan haiwan malah tersepit zip baju pun orang awam akan panggil Bomba.
Sebab itu, anggota Bomba selalu dianggap “hero” kerana mereka melakukan semua aspek menyelamat tidak kira nyawa manusia atau haiwan walaupun nyawa sendiri menjadi taruhan.
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41
Anda salah seorang calon temuduga Pegawai Bomba KB19, Penolong Penguasa Bomba KB29 atau Penguasa Bomba KB41?
Perkara yang akan bermain dalam fikiran calon temuduga adalah apakah Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41?
Anda mungkin berminat;
Di antara soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga Bomba tidak kira apa gred adalah;
- Apakah Visi dan Misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
- Apakah objektif dan fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
- Apakah Slogan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
- Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di bawah kementerian mana dan siapakah menterinya?
- Apa maksud jalur biru dalam bendera Bomba?
- Berapakah jumlah etika dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebutkan?
- Bersediakah anda mengorbankan nyawa untuk memberikan nyawa kepada orang lain?
Begitulah di antara soalan temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41. Anda boleh mencipta sendiri soalan temuduga yang mungkin ditanya atau bertanya sendiri dengan anggota Bomba. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumbalas daripada mereka yang ada pengalaman temuduga Bomba.
Temuduga Bomba TIDAK Lengkap Jika TIADA Rahsia Persiapan Temuduga Kerajaan
Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan keluaran Tim Infokerjaya sejak 2009 dan sentiasa dikemaskini akan membantu anda membuat persiapan LENGKAP sebelum temuduga kerajaan.
Ianya terbukti berkesan dan membantu ribuan orang masuk kerja kerajaan melalui SPA/Agensi dan Kerajaan Negeri. Ianya lengkap dengan tip, panduan dan apakah yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Apa RAHSIA Dalam Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan Ini?
- Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
- Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
- Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
- Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
- Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
- Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!Z
- Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
- Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
- Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba + Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan = PERSIAPAN MANTAP!
[…] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41 […]
[…] Contoh Soalan Temuduga Pegawai Bomba KB19/KB29/KB41 […]