Mencari pekerjaan sebenarnya tidak terlalu susah, banyak peluang perkerjaan ditawarkan sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan tetapi mencapai kerjaya impian yang SUKAR.

Sekarang ini terletak pada hati, dalam situasi dunia dilanda pandemik COVID-19, terlalu memilih kerja menyebabkan anda terus menganggur, kita tidak punya banyak pilihan ketika ini, buatlah pilihan terbaik.

Bagaimana jika anda masih mencari perkerjaan sesuai atau pun sudah berkerja tetapi masih tidak mencapai kepuasan berkerja?

Capai Kerjaya Impian. Apa Perlu Anda Tahu?

Capai Kerjaya Impian. Apa Perlu Anda Tahu?
kredit Imej: freshdariladang.blogspot.com

Siapa yang tidak mahu mendapat kerjaya yang diidamkan terutama selepas berhempas pulas di universiti, meraih keputusan yang baik dengan harapan mendapat peluang kerja dengan gaji lumayan.

Impian boleh jadi hanya tinggal impian jika kita tidak mempersiapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan.

Langkah terbaik adalah mencuba pelbagai jenis pekerjaan yang “biasa-biasa” dahulu untuk meraih pengalaman berkomunikasi, pengalaman berkerja dalam pasukan, mendapat ramai kawan, belajar skil dan sebagainya.

Mesti Baca: Susah Dapat Kerja Kerajaan. Di Mana Silapnya?

Selepas meraih pelbagai pengalaman , barulah anda cuba mencapai dan fokus kepada kerjaya impian dengan melakukan perkara-perkara di bawah;

  • Peka dengan isu-isu semasa berkaitan dengan aspek pembangunan kerjaya.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
  • Membangunkan kemahiran yang bersesuaian dengan pasaran kerja
  • Celik komputer
  • Mahir dalam multimedia
  • Mahir berkomunikasi dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
  • Berkebolehan berhubung dengan masyarakat
  • Mahir menyelesaikan masalah
  • Kreativiti
  • Menguasai pelbagai bahasa.
  • Mengetahui isu-isu semasa dunia.
  • Mengetahui bagaimana mencari peluang untuk kemajuan kerjaya.
  • Tingkatkan kesedaran berkenaan hubungan antara ciri peribadi, nilai dan kemahiran dan kepuasan kerjaya
  • Fahami peranan utama akademik dalam membantu proses pemilihan kerjaya
  • Kumpul maklumat tentang pilihan dalam bidang kerjaya yang diminati

Tidak semua majikan melihat pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata, dengan CGPA yang cukup makan pun anda boleh membuktikan mengapa majikan akan rugi jika tidak mengambil anda berkerja.

Lengkapkan diri anda dengan semua pendekatan seperti di atas, hadir temuduga kerja dengan senyuman dan capai Kerjaya impian.

Jika anda sudah pun berkerja, walaupun bukan kerjaya impian tetapi bersyukurlah kerana ribuan di luar sana yang ditimpa malang kerana dibuang kerja kerana pandemik COVID-19, kelembapan ekonomi, lambakan graduan dan sebagainya.

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

3 thoughts on “Capai Kerjaya Impian. Apa Perlu Anda Tahu?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!