Membina kerjaya kerajaan atau swasta bermula sebaik sahaja tamat persekolahan. Ada yang memilih menyambung pengajian ke peringkat tinggi untuk memperolehi diploma atau ijazah.

Ada juga yang memilih untuk terus berkerja mungkin kerana kekangan kewangan, membantu keluarga atau tiada minat lagi untuk belajar.

Jika ditanya ramai yang mahu berkerja dalam sektor awam kerana jaminan masa depan dengan skim pencen serta banyak kemudahan yang dinikmati kakitangan awam.

Tambahan pula dalam situasi semasa penularan pandemik Covid-19, kakitangan awam tidak terjejas kerana gaji mereka dibayar seperti biasa malah dapat juga menikmati pakej bantuan yang disediakan kerajaan.

Berbeza dengan kakitangan swasta, nasib mereka tidak menentu, potongan gaji dan elaun, cuti tanpa gaji sehingga dibuang kerja.

Sebenarnya, sektor swasta dan kerajaan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, ada yang lebih suka berkerja dalam sektor swasta kerana dapat meraih gaji yang lebih lumayan cuma situasi semasa penularan virus yang sedikit mengganggu.

Bagi yang masih dalam proses membina kerjaya kerajaan atau swasta, buat penilaian terbaik dengan kelayakan yang ada dan berusaha untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.

Bagaimana Membina Kerjaya Kerajaan Atau Swasta?

Membina kerjaya kerajaan atau swasta adalah satu proses yang panjang, memerlukan kesabaran dan tidak takut dengan cabaran.
Kredit Imej: malaysia.gov.my

10 Sikap Membina Kerjaya Kerajaan Atau Swasta

  • LAKUKAN YANG TERBAIK  Apapun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Kita tidak akan tahu bila masanya kita diperhatikan atau dinilai oleh pihak atasan. Sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik, semangat membawa kesan terus pada kejayaan atau kegagalan, jangan sekali-kali membiarkan semangat terus merosot hingga menjadi kosong yang akan menyebabkan kita gagal dan terus membawa ke arah kegagalan.  Apabila kita terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar.  Jangan lupa, apa pun yang kita lakukan, pasti ia diperhatikan pihak atasan.
  • JANGAN BERHENTI MENCARI PELUANG  Pekerja yang berjaya sering mencari peluang untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk maju ke hadapan .  Kita tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier kita menjadi lebih cemerlang. Orang yang suka melihat dan mengambil peluang akan memperolehi pelbagai faedah yang boleh membantu kejayaan, sebaliknya orang yang hanya memandang sekadar mendapat pandangan sahaja.
  • JANGAN MENUNGGU  Jangan berharap akan berlaku keajaiban .  Seseorang yang berjaya sering melakukan pelbagai cara untuk berjaya dalam karier. Sebaiknya kita bergerak dan melakukan sesuatu dengan mencari cara yang tepat untuk maju dalam karier dan jangan menunggu.  Jangan terhegeh-hegeh melaksanakan sesuatu tugas atau arahan. Bertangguh memang menyeronokkan, sekali dimulakan kita akan ketagih seperti seperti mengambil dadah.
  • FIKIRKAN BOLEH  Apa saja boleh berlaku. Kita mungkin tidak pernah bermimpi untuk menjadi pegawai atau ketua atau berjawatan paling tinggi dalam organisasi.  Ingat, jika kita berfikir ” tidak boleh” maka kita tidak akan mencapai kejayaan. Namun bila kita berfikir boleh melakukan, pasti kita BOLEH!!!

Anda mungkin berminat;

Capai Kerjaya Impian. Apa Perlu Anda Tahu?

Semak 10 Tip Temuduga Kerja Terbaik

Susah Dapat Kerja Kerajaan. Di Mana Silapnya?

  • KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN  Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan .  Perbezaan antara individu yang berjaya dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami .  Individu yang berjaya selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan berusaha untuk maju.
  • TONJOLKAN KEMAMPUAN  Apakah kita hanya menunggu sehingga majikan kita melihat bakat dan kemampuan kita?  Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memperlihatkan kemampuan luar biasa kita kepada pihak majikan . Pekerja yang berjaya sebenarnya tahu cara memperlihatkan keupayaan mereka.
  • MEMILIKI NETWORKING YANG KUAT  Individu yang sukses memahami dengan baik kepentingan networking, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Tiada jaring, tiadalah ikan.  Kita perlu jaringan, rangkaian sahabat samada untuk perniagaan dan kehidupan seharian. Membina rangkaian bukan mudah, mengambil masa, malahan setiap hubungan baik mesti dikekalkan.  Kita perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan professional. Jemput dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan tengah hari di luar. Sesekali, pergilah ke cafe selepas tamat waktu kerja. Aktifkan diri kita dan sertai pertubuhan professional untuk mengembangkan networking professional demi masa depan kita.
  • TIDAK TERIKAT PADA LATAR BELAKANG PENDIDIKAN  Apabila kita merasakan bahawa pekerjaan yang kita lakukan tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan kita, maka kita secara tidak langsung akan mempamerkan prestasi yang buruk.  Mungkin pekerjaan yang kita lakukan tidak sesuai bagi kita tetapi pekerja yang berjaya biasanya akan tetap melakukan tugas yang di amanahkan dengan baik.
  • MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING  Kita perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang yang berada di sekeliling.  Kita perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atau sesiapa sahaja bawah kita .  Bersikap sopan dan ramah terhadap orang sekeliling kita. Ia akan menjamin masa hadapan kita kelak.
  • BERSIKAP SUKARELA DALAM MELAKUKAN TUGASAN TAMBAHAN  Kita bertanggungjawab atas nasib kita, maka sudah menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki professionalisme kita. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja.  Semua manusia benci kepada manusia yang berkira ,tak boleh bertolak ansur, tak boleh lebih kurang, jangan amalkan sikap negatif ini kerana ia salah satu punca gagal. Rezeki semakin sempit dan kehilangan ramai kawan.  Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada sebarang masa. Hidup ini semestinya penuh dengan tolak ansur, barulah tercipta kejayaan

Fokus untuk mencapai matlamat dalam kerjaya. Membina kerjaya kerajaan atau swasta adalah satu proses yang panjang, memerlukan kesabaran dan tidak takut dengan cabaran.

Sumber

Sumber

By mikael_karl

Fokus Kerjaya adalah platform khusus bagi yang mahu mendapatkan panduan peperiksaan kerajaan, temuduga dan tip kerjaya. Fokus Kerjaya merupakan rakan strategik Tim Infokerjaya. En Mikael, penulis blog adalah di antara orang yang terlibat secara aktif dengan Tim Infokerjaya sejak 2010. Sukacita diingatkan Fokus Kerjaya bergerak sendiri dan tidak mewakili mana-mana badan kerajaan.

2 thoughts on “Bagaimana Membina Kerjaya Kerajaan Atau Swasta?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!